Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Mesyuarat khas tentukan sasaran emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-saddiq_1.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini mengadakan mesyuarat khas di Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat, Kuala Lumpur bagi membincangkan sasaran pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018.

Mesyuarat itu turut membabitkan pegawai-pegawai sukan negara daripada MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengenai sasaran kontinjen negara yang akan diketuai Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sempena temasya Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September in. 

Namun, buat masa ini ia belum boleh diumumkan lagi kerana akan dilakukan semasa Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya, Jumaat ini. 

Yang pasti, sasaran itu akan mengatasi pencapaian pingat emas Sukan Asia di Incheon, empat tahun lalu, iaitu lima pingat emas. 

Dalam masa sama, mesyuarat khas itu juga akan membincangkan kedudukan skuad sepak takraw negara dalam acara regu berpasukan. 

Untuk rekod, cabaran Malaysia terdiri daripada 423 atlet kategori A dan B menerusi 207 acara yang bakal disertai. 
 

Advertisement

Must Watch Video