Tujuh pingat emas menjadi buruan kontinjen negara dalam Sukan Asia Indonesia 2018 tetapi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, meletakkan aras mencabar kem kebangsaan kembali dalam kelompok elit Asia.
Sasaran itu melebihi pencapaian lima emas yang direkodkan kontinjen negara dalam temasya di Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Bagaimanapun, ia merupakan satu sasaran yang dilihat tidak mencabar pulangan terbaik Malaysia di pentas kedua terbesar dunia selepas Sukan Olimpik itu selepas saingan di Guangzhou, China pada 2010 menyaksikan Malaysia menghasilkan pulangan sembilan emas.
Salah satu sasaran kontinjen negara di bawah sasaran Program Podium adalah untuk berada dalam kelompok 10 terbaik Asia.
"Untuk Sukan Asia 2018, Malaysia menyasarkan kutipan tujuh emas tetapi jika bernasib baik dan dalam masa sama bergantung kepada rezeki, ia boleh mencecah sehingga 11," ujar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Jika Malaysia pernah menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik ketika edisi sebelum ini, saya tidak nampak mengapa kontinjen kali ini tidak mampu mengulangi kegemilangan tersebut," kata Dr. Mahathir.
Perdana Menteri serta barisan menteri Kabinet hari ini menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara dalam satu upacara di Putrajaya.
Sementara itu, beberapa wakil negara seperti Azizulhasni Awang (berbasikal), Al Jufferi Jamari (silat) serta jurulatih olahraga, M. Balamurugan, turut melaungkan semangat untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
"Sudah tentu saya percaya bahawa setiap atlet yang dipilih mewakili kontinjen akan menuju ke Sukan Asia dengan harapan menampilkan aksi terbaik dan mendapatkan emas. Secara peribadi, saya juga berazam untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik berbanding sebelum ini," kata Azizulhasni.
"Saya rasa skuad silat juga harus menyumbangkan emas kerana ia kali pertama untuk sukan silat diadakan dalam Sukan Asia. Saya juga meminta rakan-rakan saya agar berjuang habis-habisan," tambah Al Jufferi.
"Kata-kata Perdana Menteri boleh dilihat amat bersemangat dan individu seperti Tun Mahathir yang telah berusia 93 tahun masih mempunyai semangat yang tinggi.
"Diharapkan atlet-atlet Malaysia lebih daripada itu, mampu menampilkan aksi terbaik, memecahkan rekod di Incheon pada 2014," ujar Balamurugan.