HOKI
Sukan Asia: Ketiadaan Fitri satu kehilangan yang besar, kata Arul
Skuad hoki negara pula terpaksa melupakan khidmat Fitri Saari dalam misi meraih pingat emas buat julung kali di Hangzhou, akibat kecederaan lutut ligamen posterior (PCL).
Walaupun sudah pulih, namun keadaan Fitri belum cergas sepenuhnya untuk beraksi di temasya itu.
Ketua jurulatih, Arul Selvaraj, memesan kepada Fitri agar tumpu terhadap pemulihan sepenuhnya, sementara skuad negara melaksanakan tugas demi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Iklan
Senarai akhir pemain negara yang akan beraksi di Sukan Asia akan diumumkan esok.
"Kecewa kerana kami tidak dapat menyenaraikan Fitri ekoran kecederaan," kata Arul menerusi Nadi Arena.
"Dia merupakan seorang pemain yang sangat penting, memiliki peranan yang penting daripada segi perwatakan untuk pasukan.
"Sasaran kami adalah untuk layak ke Sukan Olimpik dan itu menjadi motivasi pasukan dan juga Fitri."
Must-Watch Video