Atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I Jie, berharap agar usahanya mencari bajet sendiri untuk ke kem latihan intensif di Thailand berbaloi demi meraih pencapaian positif dalam Sukan Asia Indonesia.
Tempoh 10 hari latihan intensif di Chiang Mai yang bermula hari ini akan menjadi fasa persiapan terakhir untuk Joshua dan empat lagi rakan sepasukan sebelum berdepan saingan sebenar dalam Sukan Asia Indonesia.
Atlet berusia 26 tahun itu tidak menolak bahawa dia bergelut dalam melaksanakan jadual persiapan sendiri sebelum temasya sebenar bermula yang perlu menggunakan bajet sendiri di mana Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) meletakkan tanggungjawab sepenuhnya di bahu atlet.
Walaupun latihan itu hanya berlangsung dalam tempoh masa yang pendek, kehadiran beberapa atlet dari beberapa negara Eropah lain di Thailandmampu mencetus persaingan pada tahap tertinggi untuk menilai kemampuannya sebelum ke Indonesia.
"Bagi saya, selama ini saya juga banyak merancang sendiri, cuma meraih sokongan daripada persatuan dan Majlis Sukan Negara (MSN). Ia perkara sama tetapi pada kali ini, persatuan turut membantu untuk mendapatkan tajaan.
"Kadangkala ia tidak mencukupi, jadi saya perlu mengeluarkan wang sendiri," katanya.
Pencapaian dalam Sukan Asia Indonesia akan menentukan keputusan Joshua sama ada untuk meneruskan karier sebagai atlet di masa akan datang atau sebaliknya apabila meletakkan sasaran ke suku akhir.
"Saya terlebih dahulu mahu melihat keputusan yang akan diraih. Kalau ia bagus, boleh diteruskan tetapi kalau ia sekadar biasa, mungkin pentas Sukan Asia adalah detik terakhir," tambahnya.