Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah, gagal menempah tempat ke separuh akhir acara 200 meter Sukan Asia Hangzhou.
Zaidatul yang kecewa dalam acara 100 meter Jumaat apabila menamatkan separuh akhir di tempat keenam gagal memperbaiki prestasi dalam saingan di Hangzhou kali ini..
Turun beraksi dalam acara 200m, Zaidatul yang bermula di Lorong 5 diapit pelari dari Bahrain, Salwa Eid Nasir yang juga merupakan pilihan utama dalam sesi kelayakan pusingan pertama serta pelari Maldives, Aishath Himna.
Zaidatul bermula baik pada jarak 50 meter pertama dengan menduduki tempat ketiga, namun dia mula dipintas Rumeshika Kumari Rathnaya dari Sri Lanka memasuki jarak 100 meter.
Zaidatul terus berlari pantas untuk memintas semula kedudukan Rumeshika namun pelari Sri Lanka terus mengorak langkah menuju garisan penamat.
Ketika perlumbaan semakin menghampiri penamat, Zaidatul dipintas Elizabeth Ann dari Singapura beberapa inci sebelum penghujung saingan.
Dia mencatat masa 24.86 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.