Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sepak Takraw

Sukan Asia Hangzhou: Thailand kekal dominasi sepak takraw berpasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahir-rosdi.jpg
Skuad sepak takraw negara kempunan untuk merampas pingat emas Sukan Asia Hangzhou berpasukan daripada Thailand apabila tumpas 0-2 dalam perlawanan akhir di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua, sebentar tadi. 

Kekalahan itu juga menyaksikan kemarau 33 tahun pingat emas dalam acara itu gagal dileraikan selepas kali terakhir Malaysia memungut emas edisi 1990 ketika Jepun bertindak sebagai tuan rumah.

Terdahulu, regu pertama negara yang dibarisi Farhan Adam, Noraizat Nordin dan Haziq Hairul Nizam tewas 15-21, 14-21 sebelum regu kedua membabitkan trio, Amirul Zazwan, Azlan Alias dan Syahir Rosdi kalah 13-21, 18-21.

Skuad negara, bagaimanapun, berpeluang menebus kehampaan ini apabila akan beraksi dalam acara regu dengan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam edisi di Jakarta-Palembang 2018.

"Kami sudah cuba sedaya upaya dengan bermain bermati-mati. 

"Walaupun tidak dapat emas, kami harap kami dapat buat yang terbaik menerusi antara regu. 

"Apa pun, kami menonjolkan peningkatan. Kami bergelut dan hari ini barulah kami dapat buat seperti yang diharapkan," kata Syahir Rosdi. 


 

Advertisement

Must Watch Video