Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Skuasy beregu campuran perlu perkemas rentak

syafiq-kamal-aifa-azman.jpg
Hari pertama acara beregu campuran skuasy, Sukan Asia Hangzhou, dua gandingan negara perlu mencari semula keserasian selepas enam hari tumpu bersaing dalam acara berpasukan. 

Gandingan Syafiq Kamal-Aifa Azman serta Ivan Yuen-Rachel Arnold, mendapati kelainan terhada keserasian mereka berbanding yang dibentuk sebelum tiba ke venue pertandingan. 

Begitupun, masih ada kesempatan untuk mereka kembali memperkemaskan keserasian berdepan pencabar utama.

Syafiq dan Aifa memenangi kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0 masing-masing ke atas China dan Sri Lanka.

"Kami perlu dapatkan balik momentum kerana sepanjang beberapa hari lalu kami beraksi dalam acara individu. 

"Kami bermula dengan mantap degnan memenangi dua perlawanan pertama. 

"Tapi kami bakal berdepan lawan lebih hebat di peringkat lebih tinggi," ujar Aifa. 

Menurut Syafiq pula: "Sentuhan kami agak berkarat sedikit dalam beregu campuran ini.





"Esok kami akan berehat sehari dan kami mahu mengambil kesempatan ini mengatur latihan."

Ivan dan Rachel yang terdahulu tewas 1-2 kepada Korea Selatan mempamerkan keserasian yang lebih baik dalam perlawanan kedua untuk menundukkan Thailand 2-0.



 

Advertisement

Must Watch Video