Skuad skuasy wanita negara bakal berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir acara berpasukan Sukan Asia Hangzhou esok.
Malaysia yang meraih gangsa pada Sukan Asia edisi lalu, mengungguli Kumpulan B selepas menewaskan India 3-0 dalam perlawanan kumpulan terakhir di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou di sini sebentar tadi.
Pemenang perak acara perseorangan wanita Jakarta-Palembang 2018, S.Sivasangari, menghadirkan rentak cemerlang buat Malaysia apabila menundukkan Joshna Chinappa 11-6, 11-2, 11-8.
Turun selaku pemain negara kedua, Aifa Azman terpaksa berdepan tentangan hebat daripada Tanvi Khanna sebelum mencatatkan 9-11, 11-1, 7-11, 13-11, 11-5 selepas 43 minit, manakala Rachel Arnold menamatkan saingan dengan mengetepikan pemain remaja 15 tahun Anahat Singh 11-7, 11-7, 14-12.