Kecemerlangan skuad ragbi 7s negara yang memperoleh langkah kanan menewaskan Filipina 24-7 gagal diteruskan pada perlawanan kedua sebelah petang bertemu gergasi Asia, Hong Kong dalam saingan Sukan Asia Hangzhou hari ini.
Malaysia yang berjersi merah biru putih disajikan permainan pantas oleh Hong Kong dengan try pertama diperoleh menerusi Yiu Kam Shing, disusuli conversion yang disempurnakan Russell Webb -- seolah petanda dominasi total daripada pasukan lawan.
Dan anak buah Nik Safuan Ismade Nik Man terus diasak sehinggalah separuh masa pertama berakhir dengan Hong Kong meninggalkan Malaysia 21-0.
Mujur strategi yang disusun sebaik separuh masa kedua bermula memberikan Malaysia mata yang ditunggu-tunggu, sumbangan kapten skuad bunga raya, Azman Zuwairi Mat Zizi, yang turut berjaya menyempurnakan conversion untuk 7 mata buat Malaysia.
Bagaimanapun, Yiu Kam Shing sekali lagi menukar suhu permainan, dengan Hong Kong kembali mendominasi, sehinggalah try Cameron Max Denmark pada hujung permainan, memutlakkan kekalahan 40-7 kepada Malaysia yang tamat sebagai lima terbaik pada edisi Jakarta-Palembang 2018.