Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Skuad 4x100m lelaki negara mampu cabar podium -- Poad

poad-kassim.jpg
Jurulatih olahraga kebangsaan, Poad Kasim, menzahirkan rasa kesyukuran berikutan kejayaan menakjubkan dua pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou yang dihadiahkan anak buahnya, semalam. 

Azeem Fahmi dan Shereen Vallabouy cemerlang dalam acara 100m lelaki dan 400m wanita di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou. 

"Sebaik balik dari Amerika Syarikat, saya mendapati mereka sudah pun bersedia untuk menghadapi cabaran," katanya. 

Poad juga turut berharap prestasi terbaik anak buahnya itu akan diteruskan, sekali gus menjadi menyemarakkan semangatnya menjelang acara 4x100m, pagi esok. 

"Kalau tiada aral melintang, Malaysia ada peluang (untuk menaiki podium)," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video