Kuartet 4x100 meter negara layak ke final Sukan Asia Hangzhou selepas menduduki tempat ketiga perlumbaan saringan pertama di Stadium Pusat Olimpik Hangzhou (HOC) sebentar tadi.
Membariskan Khairul Hafiz Jantan, Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dam Azeem Fahmi, kuartet negara mencatatkan 39.40 saat untuk mengesahkan tempat dalam final.
Catatan masa itu juga meletakkan kuartet negara di kedudukan keempat daripada lapan pasukan yang layak menerusi dua perlumbangan saringan dan berpotensi untuk mendapatkan pingat menjelang perlumbaan final esok.
Tuan rumah, China, muncul pasukan terpantas dengan 38.62 saat diikuti Korea Selatan dan Jepun, masing-masing dengan catatan 38.75 dan 38.99 saat.
Muzaffar Musa
Mon Oct 02 2023