Skip to main content

Hoki

Sukan Asia Hangzhou: Penjaga gol hoki jalani latihan tambahan rebut tempat

zaimi-mat-deris-adrian-andy-albert-hoki_1.jpg
Biarpun diberi cuti seminggu selepas tamat kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India, penjaga gol negara, Zaimi Mat Deris, mengambil inisiatif sendiri untuk tetap hadir kurang 72 jam selepas tiba di tanah air.

Difahamkan, pengorbanan Zaimi itu bertujuan untuk kekal komited rebut tempat ke dalam skuad Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan diumumkan ketua jurulatih, Arul Selvaraj, dalam masa terdekat.

"Saya hendak naikkan stamina dan ketahanan untuk membantu saya daripada segi kecergasan dan buktikan dapat bermain sepanjang perlawanan. 

"Saya harap terpilih ke Hangzhou," katanya yang membuat empat penampilan ACT 2023 yang menyaksikan The Speedy Tigers muncul finalis. 


Turut senada dengan Zaimi, seorang lagi penjaga gol negara yang tidak terpilih ke Chennai minggu lalu, Adrian Andy Albert, tetap percaya peluang sama rata antara dirinya dan Zaimi untuk bergandingan bersama Hafizuddin Othman ke Sukan Asia bulan hadapan.
 
"Dia akan cuba dan beri peluang kepada semua penjaga gol. 

"Siapa yang berlatih dan beraksi bagus akan terpilih.

"Hafizuddin masih merupakan penjaga gol terbaik kerana banyak menyelamatkan percubaan ketika dalam kejohanan di Chennai.

"Jadi dia lebih layak (untuk mengemudi pintu gol negara)," katanya di ISN Bukit Jalil. 

 

Advertisement

Must Watch Video