Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Penembak negara terlepas final 10m air rifle individu

nur-suryani.jpg
Hasrat penembak veteran negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, meneruskan kemaraan dalam saingan Sukan Asia Hangzhou tidak kesampaian apabila terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita hari ini.

Nur Suryani yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 hari ini, tidak mampu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik pada pusingan kelayakan di Pusat Sukan Fuyang Yinhu dekat sini.

Pemenang pingat perak acara 50m prone rifle individu dan gangsa 50m prone rifle berpasukan pada Sukan Asia 2014 di Incheon itu, menamatkan saingan di tempat ke-44 daripada 62 peserta selepas meraih 617.8 mata.

Pembidik muda, Alia Husna Budruddin, menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila mencatatkan 619.9 mata untuk menduduki tempat ke-39, yang juga pencapaian terbaiknya bagi kejohanan antarabangsa, mengatasi catatan 619.4 mata sebelum ini.

Nur Suryani tetap berpeluang untuk mencari peluang ke final menerusi acara 10m air rifle pasukan campuran pada Selasa dan 50m rifle tiga posisi bersama Alia pada hari berikutnya.

Advertisement

Must Watch Video