Kuartet 4x100 meter wanita kebangsaan melakar kejutan untuk menambah pingat gangsa buat kontinjen negara dalam Sukan Asia Hangzhou.
Malaysia yang ditunjangi pecutan Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy mencatat 45.01 saat di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.
Mereka menamatkan acara final itu di tempat keempat sebelum diumum untuk menaiki podium berikutan penyertaan Bahrain dibatalkan -- bersalah ketika penggantian baton -- sambil China diisytiharkan juara walaupun sempat dicabar Thailand.
Shaiful Shamsudin
Tue Oct 03 2023