Kuartet 4x100 meter lelaki kebangsaan terpaksa akur menamatkan saingan Sukan Asia Hanzhou di tempat kelima, sebentar tadi.

Perlumbaan di Stadium Olimpik Hangzhou itu menyaksikan pecutan yang dimulakan oleh Khairul Hafiz Jantan disusuli Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi mencatat 39.19 saat sambil China mengungguli saingan diikuti Jepun dan Korea Selatan.

Catatan itu masih belum mampu mencabar rekod kebangsaan 39.09s yang dilakar dalam Sukan SEA Hanoi tahun lalu.