Penembak negara, Johnathan Wong, menganggap kemaraan ke pentas final Sukan Asia buat pertama kali di Hangzhou sebagai satu kemanisan biarpun terlepas menyumbang pingat dalam acara 10 meter air pistol.
Dalam perkongsian menerusi Nadi Arena, olimpian negara itu turut berasa puas kerana berjaya melakukan catatan mata peribadi terbaik.
Johnathan meleraikan badi skuad menembak negara di bumi Hangzhou menerusi kemaraan ke pentas final yang gagal dilakukan penembak negara sebelum ini.
Pemenang dua kali pingat emas Sukan SEA itu tampil cemerlang pada pusingan kelayakan dengan meraih 580 mata sebelum menamatkan aksi final di tempat keenam dengan 157 mata.
Pencapaian tersebut bagaimanapun lebih baik berbanding penyertaan sulungnya di Sukan Asia Incheon 2014 diikuti temasya Jakarta-Palembang 2018.
"Saya berasakan ini adalah pencapaian terbaik bagi tahun ini. Saya percaya untuk melakukan yang lebih baik dalam saingan akan datang," katanya.
"Berjaya melakukan catatan 580 mata cukup manis dan ia adalah apa yang saya mahu lakukan dalam kejohanan seterusnya."