Pasukan skuasy lelaki negara gagal dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi lima tahun lalu susulan menerima kejutan tersingkir dalam aksi separuh akhir Sukan Asia Hangzhou.
Barisan pemain negara yang diketuai Ng Eain Yow tidak dapat menghalang pilihan utama, India yang melangkah ke final selepas tewas 2-0 di Pusat Skuasy HOC.
India mendahului menerusi Abhay Singh yang menewaskan Muhammad Addeen Indrakie Bahtiar, 11-3, 12-10, 9-11, 11-6, sebelum pemain nombor 19 dunia, Saurav Ghosal, menewaskan Eain Yow, 11-8, 11- 6, 10-12, 11-3.
India bakal berdepan Pakistan dalam aksi final, yang menundukkan pemenang pingat perak tahun lalu, Hong Kong, 3-1.