MALAYSIA 4 CHINA 4

Maruah skuad hoki lelaki negara tercalar dek kegagalan menewaskan China dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.


Keputusan 4-4 di Stadium Gongshu Canal itu menyaksikan skuad The Speedy Tigers berputih mata untuk ke separuh akhir yang secara tidak langsung memadam harapan untuk meraih slot ke Sukan Olimpik Paris tahun depan melalui temasya ini apabila menduduki tangga ketiga.

Tuan rumah muncul pendahulu bakal berhitung dengan Jepun, manakala Korea Selatan -- yang mengalahkan anak buah Arul Selvaraj Sabtu lalu -- menjadi naib juara kumpulan dan akan mengadakan pertemuan dengan India dalam aksi separuh akhir.

"Saya simpan sendiri kebanyakan ulasan (yang ingin diluahkan).

"Kami merosakkan peluang ketika bertemu Korea Selatan dan saya mengharapkan kebangkitan anak buah.

"Tetapi pemain negara mudah melepaskan pukulan sudut penalti dan gol pihak lawan.

"Sudah tentu tiada kata-kata yang boleh menggambarkan (kegagalan ini)," katanya selepas perlawanan.