Demikian rumusan wakil jiu-jitsu 57kg kebangsaan, Cassandra J Poyong, yang enggan menjadikan tragedi dalam Sukan Asia Hangzhou sebagai pembunuh semangat untuk terus memperjuangkan sukan ini di Malaysia.
Sebaliknya, pemenang pingat perak Kejohanan IBJJF Eropah di Paris itu menjadikan kejadian di Gimnasium Xiaoshan Linpu hari ini sebagai pengalaman berharga memandangkan ini kali pertama Malaysia menghantar atlet jujitsu ke temasya ini.
"Saya mahu menstabilkan emosi , saya langsung tidak patah hati.
"Inilah sukan. Apabila sudah berikan yang terbaik tetap berdepan kemungkinan kalah tapi ini bukan bermakna saya akan menganggap diri ini tidak berguna.
"Saya tunjukkan jiu-jitsu sebagai sebahagian daripada diri," katanya.
Cassandra yang mendapat 'bye' dalam pusingan pertama berdepan naib juara Sukan SEA Kemboja, Orapa Senatham, dari Thailand dalam pusingan 16.
Namun, tidak sampai dua minit, Cassandra terpaksa meninggalkan gelanggang susulan tewas dengan keputusan 'TKO' kepada lawan yang juga pemenang gangsa Kejohanan Dunia 2022, sekali gus gagal ke suku akhir.
"Nasib tidak menyebelahinya, dia pengsan dalam pertandingan tadi.
"That's doesn't mean i'm gonna go cry and feel upset" luahan atlit jujitsu Cassandra setelah hampir pengsan menentang atlit Thailand#NadiArena pic.twitter.com/uhpVvAFnQh
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 6, 2023
"Kami akan kenal pasti bahagian yang perlu dipertingkatkan lagi.
"Cassadra bertanding dengan sangat-sangat elok dalam Sukan Asia ini," kata pengurus ju-jitsu negara, Shahrizal Md Sidek.