Pengurus pasukan basikal negara, Firdaus Arshad, tidak panik apabila skuad lebuhraya akan menjadi pasukan paling singkat menjalani kem latihan pusat, di mana semua empat pelumba hanya dapat dikumpulkan dua hari sebelum berangkat ke Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
Empat pelumba lebuhraya negara mempunyai komitmen tinggi bersama pasukan masing-masing dan kebanyakannya dijadual menyertai perlumbaan luar negara.
Ia menyaksikan pelumba seperti Nur Amirul Fakruddin Mazuki (Terengganu Cycling Team) dan Mohd Zawawi Azman (Team Sapura Cycling) akan memulakan kem latihan pusat pada 17 Ogos depan.
"Ia tidak masalah sebab kami ada berkomunasi dan pihak pasukan juga berjanji mahu memberikan pelumba terbaik untuk diserahkan kepada jurulatih kebangsaan bagi menghadapi Sukan Asia," kata Firdaus.
Dua lagi pelumba lebuhraya yang terpilih ke Sukan Asia ialah Shahrul Mat Amin (Terengganu Cycling Team) dan Nik Mohd Azwan Zulkifli (Forca Amskin Racing).
Sementara itu, ratu trek negara, Fatehah Mustapa, yang digugurkan daripada Sukan Asia menerima satu lagi tamparan apabila tidak akan menyertai Piala Trek 1 dan 2 di China, bulan depan.
"Keputusan ini adalah keputusan jurulatih sendiri. Itu sahaja yang dapat saya maklumkan," katanya lagi.