Dr P. Vellapandian berjanji akan menggalas tugas dengan baik sebagai Timbalan Chef-de-Mission (CDM) negara ke Sukan Asia 2018 dengan meletakkan aspek sains sukan dan perubatan sebagai teras utama kontinjen negara.
Dr Vella, yang juga Ketua Program Podium, bersedia membantu Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai CDM dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas.
Katanya, pengalaman selama 17 tahun dalam bidang sains sukan dijadikan kayu pengukur dalam mengendalikan kontinjen negara dengan misi sifar doping bagi edisi ini.
"Saya akan pastikan saya akan bersama beliau (Abdul Azim) untuk memastikan segala aspek persiapan negara berada di tahap paling tinggi.
"Kami juga akan menjadi penghubung di antara penganjur dan kontingen negara selain berusaha keras merealisasikan sasaran kami dalam Sukan Asia," katanya.
Dalam pada itu, Dr Vella menolak dakwaan bakal menggantikan posisi Pengarah Program Podium, Tim Newenham, ketika ini di mana tiada sebarang keputusan rasmi dibuat.
Katanya, Newenham masih lagi kekal dengan jawatannya dan mereka hanya meneruskan tugasan yang telah diberikan.
"Buat masa sekarang, saya menolaknya kerana Newenham masih lagi Pengarah Program Podium dan saya adalah Ketua Program Podium. Saya akan memastikan prorgram ini berjalan lancar," katanya lagi.