SUKAN ASIA

Sukan Asia: Azizulhasni beritahu letak sasaran dua pingat emas -- Kim Fatt

Stadium Astro
Ammar Hakim
21/09/2023
11:19 MYT
Sponsor Banner
Sukan Asia: Azizulhasni beritahu letak sasaran dua pingat emas -- Kim Fatt
Bukan satu, tapi dua pingat emas, itu pendedahan Chef De Mission (CDM) Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, mengenai sasaran peribadi jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk Sukan Asia Hangzhou.
Bagaimanapun, harapan itu terpaksa dilupakan susulan Azizulhasni atau 'The Pocket Rocket Man' terpaksa menarik diri daripada temasya itu akibat kecederaan.
"Azizulhasni seorang atlet yang sangat profesional, seorang yang sedia berkorban demi memastikan kejayaan kontinjen negara," kata Kim Fatt menerusi Nadi Arena.
Terdahulu, Azizulhasni ditimpa kemalangan ketika sesi latihan di Velodrom Nilai Jumaat lalu sekaligus tidak dapat beraksi di Hangzhou yang merupakan Sukan Asia terakhirnya.
Namun, ketiadaan pemenang pingat emas acara pecut Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 itu tidak mengubah misi kontinjen negara di bumi China.
Dalam temasya kali ini, kontinjen negara mengambil pendekatan berbeza dengan menetapkan sasaran pingat keseluruhan iaitu sejumlah 27 pingat tanpa mengira warna.
"Ternyata ketiadaannya agak terjejas namun selepas meneliti semula, saya yakin sasaran itu masih lagi mampu dicapai," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video