Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengumumkan pelantikan dua timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan Asia di Indonesia, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Mereka ialah Naib Presiden MOM yang juga Setiausaha Kehormat, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, dan Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
"Salah seorang akan berada di Jakarta dan seorang lagi akan berada di Palembang.
"Jadi, mereka perlu membuat keputusan untuk merangkanya kerana kami telah melantik mereka," kata Presiden MOM, Tunku Imran.
Antara agenda lain yang dibincangkanialah Lembaga Eksekutif MOM akan membentangkan cadangan kepada Majlis MOM pada 31 Mac ini berhubung tarikh penamaan calon dan Majlis Agung Tahunan (AGM) yang menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan baru.
Selain itu, MOM juga telah menerima laporan lengkap prestasi kontinjen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang bulan lalu.