Dalam misi untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memastikan matlamat pembangunan mampan, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) kembali dengan penganjuran Subang Jaya Half Marathon Edisi 2025.
Lebih menarik, kategori khas 5km, 'wheelchair disable challenge', akan dipertandingkan bagi memberi peluang dan platform khas buat komuniti kurang upaya untuk turut berkongsi detik ini.
Bergerak sebagai daerah yang memiliki populasi paling besar di Negeri Selangor, penganjuran ini turut memberi kelebihan kepada jumlah penglibatan yang berjaya menarik seramai 3,00 peserta termasuk 50 daripadanya dari golongan kurang upaya (OKU).
"Kalau semua boleh menyumbang -- main peranan sebagai tanggungjawab korporat -- ia akan mempercepatkan kami merealisasikan sebagai badan menyeluruh sama ada dalam pembangunan fizikal mahupun sosial," kata Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Rashid.
Tambah Pengarah Subang Jaya Half Marathon, Zainudin Lot: "Aspek keselamatan seperti tandas dan laluan tanjakan adalah keutamaan kami ada dalam perancangan kami, kami akan cuba yang terbaik untuk mengadakan kemudahan untuk peserta OKU."