Skip to main content

Olahraga

Rasmi! Juara Sukan Olimpik pecah rekod bintang Jamaica

Lyles

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris, Noah Lyles, mencatatkan masa terbaik dunia dalam acara yang jarang dipertandingkan iaitu 150 meter (m) dalam Kejohanan Golden Spike di Ostrava, Czechia pada hari Selasa.

Pelari pecut Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan masa 14.67 saat (s), sekali gus memecahkan rekod dunia untuk menewaskan barisan pelari termasuk sensasi pecut remaja Australia, Gout Gout.

Lyles, yang memenangi acara 100m dalam temasya empat tahun sekali itu merupakan juara dunia empat kali dalam acara 200m, memanfaatkan permulaan pantasnya sebelum menggunakan kelajuannya untuk sampai ke garisan penamat.

Dia secara rasminya memperbaharui pemegang rekod sebelum ini, Kishane Thompson, dari Jamaica dengan masa 14.92s pada bulan April di Miramar, Florida.

Sinesipho Dambile dari Afrika Selatan menduduki tempat kedua dengan masa 14.78s, dan Gout yang berusia 18 tahun menduduki tempat ketiga dengan masa 14.96s.

Gout mencipta rekod dunia bawah 20 tahun (B-20) dalam acara 200m -- masa lebih pantas daripada rekod terbaik Usain Bolt pada usia itu -- dengan memenangi gelaran terbuka Australia dalam masa 19.67s pada bulan April.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video