Norway menandakan kepulangan mereka ke pentas Piala Dunia 2026 selepas 28 tahun dengan penuh bergaya apabila membelasah Iraq 4-1 dalam perlawanan Kumpulan I di Stadium Boston, Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.
Pertemuan itu menyaksikan kedua-dua pasukan kembali setelah sekian lama tidak beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia, dengan Iraq menamatkan penantian selama 40 tahun manakala Norway kembali buat kali pertama sejak kali terakhir pada edisi 1998 di Perancis.
Dibarisi trio bintang utama, Martin Odegaard, Alexander Sorloth dan Erling Haaland, Norway tampil lebih tenang meskipun Iraq memulakan perlawanan dengan beberapa siri serangan berbahaya pada minit-minit awal.
Bagaimanapun, kualiti yang dimiliki skuad kendalian Stale Solbakken akhirnya membezakan kedua-dua pasukan apabila Haaland membuka akaun debut jaringannya dalam Piala Dunia pada minit ke-29 menerusi penyudah mudah hasil hantaran silang David Moller Wolfe.
Iraq tidak berputus asa dengan menghidupkan semula peluang mereka 10 minit kemudian apabila ayam tambatan mereka, Aymen Hussein, menanduk masuk gol penyamaan menewaskan Orjan Nyland untuk mencatat jaringan sulungnya dan gol kedua Iraq sepanjang sejarah Piala Dunia.
πππ ππππππ πππππ πππππππ ππππ β½β½
A π½ππΌπΎπ for him on his πͺπ’π₯ππ ππ¨π£ ππππ¨π§ π
Norway are back on the worldβs biggest stage after 28 yearsβ¦ and they start with a win ππ³π΄
How far can they go? π pic.twitter.com/wJSdfKVfAiβ 433 (@433) June 17, 2026
Namun kegembiraan Lion of Mesopotamia tidak bertahan lama apabila Haaland sekali lagi meledak pada minit ke-43 selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Iraq, Jalal Hassan, untuk meletakkan Norway kembali di hadapan sebelum tamat babak pertama.
Tersentak dengan jaringan itu, Iraq cuba bangkit sebaik separuh masa kedua bermula dan hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan Aymen Hussein pada minit ke-63, namun percubaannya sekadar singgah di atas palang gol.
Norway kemudian menghukum kelekaan pemain Iraq apabila pemain pertahanan, Leo Ostigard, menanduk masuk sepakan penjuru Martin Odegaard pada minit ke-76 untuk memberikan kelebihan buat pasukannya.
Malang tidak berbau sekali lagi buat Iraq apabila Hussein menjaringkan gol sendiri pada saat akhir perlawanan untuk melengkapkan hari bermakna buat Norway.
Kekalahan Iraq menjadi gergasi Asia pertama tewas dalam aksi pertama setakat ini.
Norway seterusnya akan berdepan Senegal pada 23 Jun, manakala Iraq bakal berdepan tugas lebih getir apabila dijadual menentang finalis edisi lalu, Perancis.