Skip to main content

Sukan Lain

SportExcel Premier Elite 2025: Dua wakil NJDP bukti penguasaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf-njdp_1.jpg
Program National Junior Development Program (NJDP) sekali lagi membuktikan keberkesanan dalam melahirkan pemain golf pelapis berkualiti apabila dua wakilnya, Ammer Aiman dan Ngo Yi Belle, muncul juara dalam kejohanan SportExcel Premier Elite 2025di Seremban International Golf Club hari ini.

Dalam kategori lelaki, Ammer Aiman tampil cemerlang dengan catatan keseluruhan 4 di bawah par, sekali gus merangkul gelaran juara. 

Kejayaan ini memperlihatkan hasil positif daripada program pembangunan yang dijalankan oleh NJDP-MGA. Ammer menewaskan pesaing terdekat yang juga abangnya, Ammar Aiman, yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 6 di atas par.

Sementara itu, dalam kategori wanita, bintang remaja kebangsaan yang sedang meningkat naik, Ngo Yi Belle, membuktikan bahawa fokus terhadap pelajaran bukanlah penghalang untuk turut menyerlah dalam arena sukan.

Dengan catatan 1 di atas par, Belle berjaya mengungguli bahagian wanita setelah menewaskan wakil dari Korea.

Kejayaan Belle ini menegaskan bahawa pemain-pemain di bawah program NJDP-MGA semakin bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pemain kebangsaan pada masa hadapan.

SportExcel Premier Elite 2025 bukan sahaja menjadi medan persaingan, tetapi juga platform penting dalam mengukur tahap kesiapsiagaan pemain muda negara untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
 
Golf

Main Golf Macam Juara

Dengan golf driver ini anda juga boleh berjaya macam Ammer Aiman dan Ngo Yi Belle.


Segera Checkout

Advertisement

Must Watch Video