Skip to main content

Hoki

Speedy Tigers kecundang kali ketiga kepada New Zealand dalam Siri Persahabatan di Auckland

speedy-tigers.jpeg
Dalam perlawanan keempat sebentar tadi, anak buah kendalian Arul Selvaraj tewas kepada New Zealand dengan keputusan 0-3.
 
Ini merupakan kekalahan ketiga Speedy Tigers kepada New Zealand, di mana sebelum ini mereka juga tewas 0-2 pada Khamis, 14 Disember dan 2-3 dalam perlawanan pertama persahabatan pada Ahad, 10 Disember.

Dalam satu lagi aksi sebelum itu, Malaysia menang ke atas Korea Selatan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Meor Muhammad Azuan Hassan dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain pada Rabu, 13 Disember.

Perlawanan terakhir akan menyaksikan Malaysia akan bertemu New Zealand sekali lagi pada Ahad, 17 Disember jam 9.00 pagi waktu Malaysia.

Skuad hoki negara berada di Auckland, New Zealand sejak 8 Disember lalu untuk menjalani siri perlawanan persahabatan menuju ke pusingan kelayakan di Muscat, Oman pada Januari tahun depan.

Advertisement

Must Watch Video