Sesi latihan skuad hoki negara kelihatan 'suram' hari ini apabila hanya 13 pemain hadir termasuk tiga penjaga gawang bagi menjalani sesi latihan.
Ini susulan The Speedy Tigers berdepan masalah kecederaan melibatkan pemain utama seperti Fitri Saari, Syed Syafiq Syed Cholan, Azrai Aizad Abu Kamal, Akhimullah Anuar Esook dan Norsyafiq Sumantri.
Baki kelompok kecil pemain dalam senarai besar skuad negara telah menerima pelepasan daripada Sarjit Singh untuk menyertai sesi pemilihan hoki 5s (sepasukan) negara ke Sukan SEA Thailand Disember depan antaranya Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee disamping Abdul Khaliq Hamirin.
Masa semakin suntuk buat Sarjit membentuk skuad ampuh bagi mencabar Kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah bermula 22 November nanti.
"Kami berfikir Azrai dan Akhimullah tetapi sekarang mereka mengalami kecederaan, kami perlu tunggu. Azrai flicker yang baik tetapi perlukan lebih banyak Latihan.
"Anda boleh mendapat empat atau lima flicker tetapi perlu ada satu yang boleh jaringkan gol, apabila ada maka pihak lawan tahu untuk berlari kemana." kata jurulatih negara, Sarjit Singh.
"Inilah mengapa saya di sini, teknik dan koordinasi dalam sesi latihan selain struktur fizikal penting. Saya rasa mereka boleh lakukan, asas mereka lebih baik berbanding sebelum ini." tambah Sohail Abbas.
Cuba Sekarang

Bersedia Macam Speedy Tigers
Jadikan hockey stick ni teman latihan anda — dari skil asas ke aksi penuh di padang.
Cuba Sekarang