Pelari menara kebangsaan, Soh Wai Ching, berazam merampas kembali takhta nombor satu dunia dari pelari Menara Jepun, Ryoji Watanabe, selepas tamatnya Kejohanan The Sky Race di Merdeka 118 30 Ogos ini.
Jelasnya, peluang beraksi di laman sendiri akan digunakan sebaik mungkin sebagai kelebihan untuk dirinya menampilkan strategi mencatat masa kurang dari 16 minit.
Bagaimanapun, Wai Ching mengakui sisi lebar tangga di menara 118 merupakan antara laluan paling mencabar pernah dilalui sepanjang kariernya.
Dengan pendakian 118 tingkat, dan menakluk 2,845 anak tangga, kejohanan itu menjanjikan elemen ikonik apabila ia dianjurkan sehari sebelum kemerdekaan negara.
"Tangga dalam Menara 118 ini berbeza, saya tidak akan bercakap mengenainya namun saya akan melakukan yang terbaik untuk mengejar pelumba yang memulakan di tempat pertama. Saya akan memulakan larian 30 saat selepas peserta pertama bermula, dan jika saya dapat melihat kelibatnya, perlumbaan ini sudah berakhir," katanya.
Pengarah perlumbaan, Jeffrey Ross berharap penganjuran kali ini terus mendapat sambutan dan berhasrat mengadakannya secara tahunan selepas ini.
Dengan jumlah penyertaan yang mencapai angka 4,100, Ross yakin matlamat 5,000 penyertaan mampu direalisasikan sebelum kejohanan bermula.