Skip to main content

Sukan Lain

SMK Anderson dapat gelanggang latihan baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menteri-besar-perak-datuk-seri-ahmad-faizal-azumu.jpg
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh akan mendapat gelanggang latihan rumput tiruan yang baru tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ketika berucap dalam majlis pertemuan bekas pelajar tahun 1982-1986 yang meraikan usia 50 tahun mereka di sekolah itu hari ini.

"Padang jenis 'astroturf' ini akan memanfaatkan pasukan hoki SMK Anderson," katanya.

Ahmad Faizal, yang juga bekas pelajar sekolah itu, berkata sebelum ini sejumlah peruntukan telah diberikan kepada pasukan hoki tetapi tidak menyatakan jumlahnya.

"Usaha akan diteruskan bagi membantu sekolah ini daripada pelbagai segi," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak bekas pelajar untuk menabur bakti dengan memberi sumbangan kepada bekas sekolah mereka yang banyak berjasa itu.

Katanya lagi, SMK Anderson termasuk dalam tinggalan warisan kerana keunikan seni binanya, sehubungan itu perlu dikekalkan.

Advertisement

Must Watch Video