Silap percaturan dan keadaan Low Wee Wern yang belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab selaku pemain kedua antara faktor kegagalan skuad skuasy wanita berpasukan negara hilang punca untuk melangkah ke final.
Wee Wern, yang baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut selepas berehat selama 20 bulan, ternyata masih memerlukan sedikit masa untuk memikul tanggungjawab dalam kejohanan besar.
Ia diakui sendiri oleh Wee Wern bahawa dia masih melewati proses pemulihan dan berada di ranking ke-70 dunia, sekali gus bukan petanda yang baik untuk diberi tanggungjawab menggalas tugasan sukar hingga tunduk 0-2 kepada India di pentas separuh akhir, hari ini.
"Sejujurnya, kali terakhir saya beraksi di tahap terbaik adalah tiga tahun lalu. Secara fizikal, saya tidak bersedia untuk berada dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia.
"Permainan saya semakin baik tetapi seperti saya katakan sebelum ini, ia pasti memerlukan masa," kata Wee Wern.
Dalam aksi separuh akhir itu, Datuk Nicol Ann David terlebih dahulu tewas di tangan Joshna Chinappa 12-10, 11-9, 6-11, 10-12, 11-9, sebelum Wee Wern memberikan kemenangan mutlak buat India setelah tunduk 11-2, 11-9, 11-7 di tangan Dipika Pallikal Karthik.
Sementara itu, Nicol selaku kapten mengakui kecewa sasaran satu lagi emas daripada skuasy gagal dilaksanakan tetapi dia menegaskan itu bukan petanda penurunan prestasi Malaysia.
Sebaliknya, pasukan pesaing yang lain perlu berwaspada dengan kebangkitan Malaysia yang memiliki pemain pelapis yang boleh diharapkan seperti S. Sivasangari dan Aifa Azman.
"Saya dapat lihat permainan kami begitu hampir. Pasukan India tampak lebih yakin di pertengahan aksi dan kami harus memastikan mampu memberi saingan," ujar Nicol.
Malaysia menamatkan cabaran dengan gagal mengekalkan emas sejak 2010, apabila kali ini sekadar berpuas hati dengan kilauan gangsa.