Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, semakin selesa dengan gelanggang kaca yang dibina khas di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno apabila tidak berdepan masalah untuk layak ke peringkat separuh akhir Sukan Asia susulan kejayaan menewaskan pemain Jepun, Satomi Watanabe 3-0, hari ini.
Nicol, selaku pilihan utama perseorangan wanita, dilihat tidak menerima tentangan dan pemenang enam pingat emas Sukan Asia itu dilihat selesa dalam aksi kedua di gelanggang kaca selepas menerima laluan percuma dalam pusingan pertama.
Ia petanda positif buatnya mengejar misi mempertahankan emas Sukan Asia buat kali keempat berturut-turut dalam acara perseorangan wanita.
"Ya, ia bagus dan sangat berbeza berbanding aksi sebelum ini. Hari ini sedikit bahang. Ramai penyokong yang memberikan sokongan di sini, jadi saya sangat gembira.
"Diharapkan ia dapat dikekalkan esok," kata Nicol.
Skuasy menyasarkan kutipan dua emas, termasuk dalam acara berpasukan wanita.
Sementara itu, Watanabe menganggap kekalahan itu menjadi pengajaran berguna buat dia dalam karier profesionalnya.
"Nicol bermain sangat baik ketika berdepan saya sehingga saya tidak mampu melakukan apa-apa. Jadi, saya hanya perlu berlatih gigih untuk mendekatkan jarak saya dengannya," ujar Watanabe.