"Saya hampir pengsan," itu keadaan yang dilalui atlet skuasy lelaki negara, Nafiizwan Mohd Adnan, yang berjuang untuk negara dalam keadaan tidak sihat dan hampir pengsan dalam gelanggang.
Pemain itu berhadapan dengan masalah kesihatan ekoran demam yang teruk sehari sebelum bermula saingan.
Ketika saingan separuh akhir semalam, Nafiizwan turun ke gelanggang dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya untuk berhadapan pemain dari Hong Kong, Lee Ho Yin.
"Saya tidak berada di tahap terbaik ketika berdepan Ho Yin. Ini bukan alasan. Saya telah cuba yang terbaik hingga hampir pengsan," katanya.
Bagaimanapun, Nafiizwan tidak terfikir untuk menarik diri, sebaliknya cuba untuk berjuang sehingga ke set akhir yang membawa kepada kekalahan 3-2 di tangan Ho Yin.
Kemenangan itu, bagaimanapun, kekal membawa kilauan pingat buat negara menerusi gangsa dan itu merupakan pencapaian terbaik Nafiizwan untuk penampilan kali kedua dalam Sukan Asia.
Pencapaiannya dianggap sebagai petanda baik untuk aksi seterusnya bagi acara berpasukan yang turut menampilkan kelibat Ng Eain Yow dan Mohd Syafiq Kamal.
"Saya mahu cuba menampilkan permainan terbaik kerana tidak mahu memberikan mata mudah kepada lawan."