Kebangkitan semula Low Wee Wern dalam memperkasakan skuad wanita menjadi petanda baik buat skuasy Malaysia meyakinkan peminat sukan tanah air bahawa pemburuan dua pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018 tidak mustahil.
Tiada siapa menyangka Wee Wern berupaya mengembalikan prestasi selepas 20 bulan tersisih daripada gelanggang kompetitif.
Lebih mengagumkan, dia ibarat tidak terkesan dalam tempoh itu, apatah lagi dengan menangani kecederaan lutut serius.
Tiga final, termasuk memenangi Terbuka Malaysia, dan baru-baru ini, Terbuka Tasmania menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Rachel Grinham, harus membuka mata ramai.
"Wee Wern sedang bersaing dalam Terbuka Australia dan kami masih lagi menunggu keputusannya. Persiapannya dilihat sangat baik untuk Sukan Asia," kata Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam.
"Sasaran kami adalah cuba menjadi yang terbaik di Asia. Kami sasar untuk layak ke perlawanan akhir dan membawa pulang pingat emas.
Sementara itu, taruhan utama perseorangan, Datuk Nicol David, dilaporkan positif selepas mengambil waktu berehat daripada sebarang kejohanan sejak April lalu.
Seorang lagi wakil negara, S. Sivasangari, tetap yakin mampu mencetus impak di Jakarta meskipun tewas kepada Wee Wern dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia.
"Sivasangari perlu menyedari gaya permainan yang lebih matang. Dia masih muda dan mempunyai kebolehan untuk bertahan lebih lama di gelanggang," katanya lagi.