Pemain muda skuasy negara, Aifa Azman, mengetepikan persediaan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mengutamakan Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Aifa hanya memiliki tempoh dua bulan untuk memastikan persediaan akhir sebelum SPM. Ini bermakna fokus pemain muda berkenaan kepada pelajaran hanya akan berlaku selepas Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Ipoh, Perak.
Dia terpaksa mengetepikan kelas pelajarannya selama tiga bulan sebelum berlepas ke Jakarta dengan harapan pengorbanan itu memadai, apatah lagi ini merupakan penampilan pertamanya dalam Sukan Asia menerusi acara berpasukan.
"Dua hari lepas, saya ada bercakap dengannya (Datuk Nicol David) mengenai SPM.
"Dia berkongsi pengalaman bagaimana dia mengambil cuti selama dua bulan untuk memberi fokus kepada latihan dan tuisyen.
"Sehubungan itu, saya mungkin akan mengambil pendekatan yang sama," kata Aifa.
Selain mendapatkan nasihat berharga daripada seniornya itu dalam membahagikan tugas sebagai atlet dan pelajar agar seimbang, Aifa turut membawa buku rujukan untuk mengulang kaji pelajaran.
Nicol cemerlang dengan 8A ketika menduduki SPM 18 tahun lalu dan Aifa menganggap itu sebagai contoh terbaik untuk dijadikan pendorong untuk dia berjaya dalam kedua-dua bidang ini.
"Tahun ini, hampir tiga bulan saya tidak ke sekolah kerana sibuk membuat persiapan menghadapi Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Malaysia (Sukma).
"Selepas Sukma, saya akan memperlahankan karier dengan hanya memberi fokus kepada latihan dan pelajaran," ujarnya.