Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan pihak kementerian sudah meluluskan sejumlah insentif khas bagi barisan kendalian Ahmad Jais Baharun, selepas mempamerkan prestasi luar biasa di kejohanan Piala Dunia ISTAF, tempoh hari.
Tiga kategori melepasi saingan akhir, dengan acara regu dan doubles bakal menerima RM 60,000 sepasukan.
"Mereka sememangnya layak menerima ganjaran ini atas usaha mengharumkan nama negara melalui insentif khas yang akan diumumkan oleh MSN," kata Menteri KBS itu.
Dengan pencapaian yang membanggakan tersebut, Hannah tidak menafikan pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN), dalam perbincangan untuk memutuskan tindakan drastik dalam program pembangunan sukan.
Rombakan mungkin berlaku andai sukan yang berada dalam program pembangunan seperti bola jaring, rugbi, hoki dan bola sepak berada di prestasi mendatar.
"Kita sedang mengkaji mengenai pembangunan sukan akar umbi untuk melihat samaada sepak takraw akan dimasukkan ke dalam program tersebut atau tidak selepas persembahan memukau di Piala Dunia ISTAF, baru-baru ini," tambahnya.