Skip to main content

Sukan Asia

Skuad ragbi negara akan kembali beraksi dalam ARC 2019

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi15s.jpg
Skuad ragbi 15's negara bakal berentap dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2019 selepas mendapat pengesahan awal daripada Ragbi Asia mengenai pembabitan mereka bagi saingan berkenaan.

Menurut ahli exco Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil, pengesahan itu diterima selepas Jepun membuat keputusan tidak menyertai saingan ARC tahun depan bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Piala Dunia.

Lantas, tiga pasukan yang berentap musim ini, iaitu Hong Kong, Korea Selatan dan Malaysia akan terus kekal dalam Divisyen Premier.

Skuad negara yang kali pertama menjejakkan kaki ke Divisyen Premier tahun ini berdepan realiti apabila masih ada jurang ketara berbanding dua negara utama itu.

"Jika tiada aral melintang, Malaysia akan terus bersaing dalam ARC bagi tahun 2019," kata Fahmy.

Sementara itu, KRM juga sedang berusaha untuk mengadakan kejohanan tiga negara membabitkan Singapura dan Thailand pada Disember depan.

Kejohanan itu juga bakal menjadi tugasan awal buat ketua jurulatih baru negara, Brad Mika, untuk membentuk pasukan yang menjadi asas kepada saingan ARC tahun depan.

"Kami mungkin akan menganjurkan kejohanan tiga negara di antara Malaysia, Singapura dan Thailand pada penghujung tahun dan masih lagi menunggu maklum balas daripada Persatuan Ragbi Thailand," katanya.

Advertisement

Must Watch Video