Skuad ragbi wanita 7s negara masih menanti lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membenarkan mereka menyertai saingan antarabangsa.
Sejak dilanda wabak Covid-19 Mac tahun lalu, sehingga kini mereka terus kemarau sebarang aksi kompetitif, tatkala beberapa atlet daripada sukan lain sudah mula rancak bertanding semula.
Antara yang menjadi tumpuan adalah pusingan pertama Kejohanan Ragbi Siri 7s wanita di Incheon, Korea Selatan, yang dijangka berlangsung Ogos depan.
Edisi 2019 menyaksikan skuad negara menghabiskan kesemua tiga pusingan di tangga ketujuh apabila keseluruhan meraih enam mata.
"Kami mengharapkan untuk beraksi di pentas antarabangsa bagi membandingkan kemampuan kami. Kami ketika ini menempuhi pelan jangka masa panjang dan kami sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik," kata jurulatih skuad ragbi 7s wanita negara, Mohamad Faiz Shamsukhidir.