Hasrat untuk mempertahankan pingat emas sejak 2014 oleh Ziyad Zolkefli tidak kesampaian apabila mengakhiri saingan di tempat kedua dalam lontar peluru Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.
Dia yang merangkul emas tiga kali berturut-turut temasya tersebut hampir menambah koleksi keempat edisi kali ini, namun terpaksa akur di tangan atlet Arab Saudi, Bader Ali, yang mencipta kejutan menerusi lontaran sejauh 17.08 meter (m) untuk memecahkan rekod temasya.
🚨Ziyad gagal pertahan pingat emas dimenanginya dalam tiga edisi sebelum ini.😠Terpaksa akur kepada newcomer, Bader Ali dari Arab Saudi yang berjaya pecah rekodnya.🔥 More on Nadi https://t.co/sdbLQXCiIA
— Faizal Bazari (@faizalbazario) October 23, 2026
Seorang lagi wakil kebangsaan kategori F20, Aliff Mohamad Awi, memenangi pingat ganga dengan balingan 14.45m.