Ketua jurulatih Malayan Tigress, Joel Cornelli, sah mengucapkan selamat tinggal selepas 17 bulan sejak dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Perkongsian di Instagramnya jelas mengucapkan terima kasih sepanjang tempoh tersebut diberi peluang mengendalikan pasukan utama bola sepak wanita negara.
Tugasan terakhir bersama skuad kebangsaan pada Julai lalu ketika membantu Malaysia beraksi dalam Piala AFF Wanita di Cheras, Kuala Lumpur.
Pengendali kelahiran Brazil itu juga mengetuai pasukan negara menghadapi Kelayakan Piala Asia dan Sukan SEA Thailand.
Tempatnya kini diterajui oleh bekas pemain Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, yang sudah memulakan tugas dalam jendelan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi awal bulan ini.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi ke manakah destinasinya selepas ini.