Kepada Manchester United, jaga-jaga.
Bournemouth mencipta sejarah menjadi kelab England pertama sejak Sunderland pada 1973/74 memenangi tiga perlawanan Eropah.
Kejutan besar berlaku dalam Liga Europa (UEL) menyaksikan wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menewaskan AC Milan 3-0 di tempat sendiri awal pagi tadi.
Bournemouth put three past Milan 🤯 #UEL https://t.co/BeP3UKow8D
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) October 22, 2026
Gergasi Itali itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain ekoran layangan kad merah dikenakan terhadap penjaga gol kebangsaan Perancis, Mike Maignan.
Bournemouth akan bertandang ke Old Trafford hujung minggu ini bagi menghadapi The Red Devils dalam aksi EPL.