Skip to main content

Advertisement

Hoki

Skuad hoki wanita tumpu aksi berdepan India

hokiwanita.jpg
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menegaskan persiapan skuad hoki wanita negara masih di landasan tepat walaupun tidak ke Korea Selatan kerana fokus utama adalah lima aksi persahabatan menentang India di tanah air, bulan depan.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, menjelaskan mereka masih belum menerima apa-apa maklum balas berhubung aksi persahabatan di Korea Selatan yang sepatutnya berlangsung 15 Mac ini.

Namun, situasi itu tidak menjadikan persiapan mereka menjelang Kejohanan Siri Final Hoki, Jun ini, akan terjejas kerana paling utama adalah memanfaatkan sepenuhnya lima siri aksi persahabatan berdepan pasukan nombor sembilan dunia, India, yang sanggup hadir ke Malaysia bulan depan, apatah lagi di bawah tanggungan sendiri.

"Skuad wanita negara seharusnya berdepan India. Ini merupakan satu peluang buat mereka untuk meraih pengalaman berdepan pasukan yang lebih berkualiti," kata Subahan.

Timbalan Presiden KHM, Prof. Datuk Dr. Shamala Subramaniam, pula menganggap skuad hoki wanita selaku pasukan di ranking ke-22 dunia itu sememangnya sudah mempunyai perancangan padat kerana bakal menghadapi empat aksi ujian pula di Eropah menentang Itali dan Scotland, Mei ini.

"Kami sudah memiliki pengganti untuk aksi ujian berdepan Korea Selatan dan berharap segalanya berjalan lancar," kata Shamala.

Advertisement

Must Watch Video