HOKI
Skuad hoki wanita belum capai kecergasan memuaskan
Kem hoki wanita Malaysia terus dihimpit episod duka apabila gagal mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan kedua kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam aksi Kumpulan B itu, Malayan Tigress tersungkur kepada Kanada dengan keputusan 3-0 dalam aksi yang berlangsung berat sebelah di Valencia, semalam.
Pasukan Kanada menjaringkan gol seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti daripada Sara McManus sebelum Rae Thora menggandakan jaringan menerusi gol padang pada minit ke-22.
Iklan
Tatkala anak buah Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim bergelut untuk perbaiki benteng pertahanan, Kanada terus mengasak dan jaringan ketiga berhasil merobek gawang skuad negara pada minit ke-45.
“Saya rasa masih ada ruang untuk penambahbaikan. Jadi, saya berharap pemain dapat melakukan kerja rumah dan boleh ambil kira tahap mereka sepatutnya berada.
"Kita masih lagi kekurangan daripada segi kekuatan dan kecergasan di tahap antarabangsa ,” kata jurulatih hoki wanita kebangsaan.
Must-Watch Video