Bekas pemain kebangsaan kelahiran Sabah, Rozaimi Abdul Rahman berpandangan Program Bina Juara Coca Cola sebagai inisiatif sangat bagus dalam mencari bakat-bakat baru di Sabah.
Rozaimi juga mengimbau ketika zaman remaja betapa sukarnya untuk mencipta nama sebagai pemain bola dan dengan wujudnya platform seperti ini, ia ibarat durian runtuh buat anak-anak Sabah
.
Mengambil kira saiz negeri Sabah yang sangat luas, sukar untuk adanya penggunaan sains sukan dan teknologi secara menyeluruh, inisiatif seperti ini akan menjadi titik tambah dalam mencari bakat-bakat terbaik tempatan.
"Dahulu akar umbi sukar, zaman moden sekarang senang sedikit. Dahulu semuanya perlu buat sendiri, sekarang ini semua sudah ada.
"Jika dahulu saya nak pergi main bola perlu jalan kaki, satu jam baru sampai. Budak-Budak sekarang keluarga hantar mereka." katanya.