Skip to main content

Hoki

Skuad hoki remaja perlu pendedahan lebih luas, kata Maninderjeet Singh

maninderjeet-singh.jpg
Bekas pemain hoki negara, Maninderjeet Singh, berharap pasukan remaja kebangsaan dijemput untuk dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) yang bermula Februari 2023 sebagai medan persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di tempat sendiri, Disember 2023.

Prestasi buruk pasukan itu dalam Kejohanan Piala Sultan Johor, bulan lalu, memaparkan realiti perkembangan skuad remaja apabila Malaysia tewas empat kali dan seri sekali.

"Saya harap pasukan remaja negara akan dijemput, beraksi sebagai satu pasukan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 1998 itu juga menegaskan pasukan ini perlu mengatur lebih banyak perlawanan kompetitif selain bersaing dalam LHM dan Liga Hoki Remaja (LHR) yang tamat enam bulan sebelum bermulanya Piala Dunia Remaja.

"Selepas Piala Sultan Johor, jurulatih perlu mengenal pasti dalam tempoh dua bulan ini untuk kenal pasti kelemahan dan kekuatan pasukan. 

"Mereka perlu menyambung latihan secepat mungkin. 

"Apa yang saya risaukan selepas ditolak LHM dan LHR, skuad remaja negara gabta mempunyai enam bulan untuk membuat persiapan. 

"Skuad Projek 2013 boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kejayaan. Mereka mengharungi 35 hingga 40 perlawanan setiap tahun dalam satu (rangka) projek yang disediakan selama empat tahun," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found