Skuad hoki kebangsaan berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Marhan Abdul Jalil, selepas pemain itu disahkan patah jari kaki.
Marhan mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Perancis dalam siri perlawanan persahabatan -- Jelajah Belgium awal bulan lalu.
Khabar kurang gembira itu disahkan pengurus skuad hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi, ketika pasukan dalam persiapan menuju kempen Piala Sultan Azlan Shah yang bakal berlangsung November depan.
Pihak pengurusan serta barisan kejurulatihan The Speedy Tigers bagaimanapun akan meneliti terlebih dahulu laporan kesihatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) berkenaan situasi pemain tengah berusia 32 tahun itu sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.
Seandainya Marhan terpaksa digugurkan, Mirnawan optimis barisan pemain sedia ada mampu menampung kekurangan tersebut.
Untuk rekod, Marhan pernah mengalami kecederaan patah jari kaki pada Mac 2018 dan terpaksa melupakan kempen Sukan Komanwel ketika itu.
"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan, ketua jurulatih, Arul Selvaraj akan membuat penilaian terlebih dahulu," kata Mirnawan.
"Ketika ini, statusnya untuk kekal dalam skuad kebangsaan masih lagi belum ditentukan lagi."