Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal menggunakan konsep gelembung sukan Liga Hoki Malaysia (LHM) bagi tugas yang lebih penting bulan depan.
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, memaklumkan kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi bahawa Great Britain dan Jepun telah setuju untuk mengadakan aksi ujian di Malaysia menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Gelembung sukan LHM berjalan lancar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sejak semalam.
Konsep itu akan diguna pakai hingga tamat liga, 3 April depan termasuk tanpa kehadiran penonton.
Langkah itu dapat menguji keberkesanan jangka masa panjangnya memandangkan KHM berhasrat menerima kunjungan skuad lelaki dan wanita dua pasukan berkenaan bagi mengadakan lapan aksi persahabatan.
Untuk rekod, Great Britain menghuni ranking ketujuh dunia sementara Jepun ke-15.
Selain The Malaysian Hockey Tigress, kedua-dua negara terbabit juga akan berdepan skuad projek khas lelaki dan wanita negara.
Sementara itu, KHM akur LHM tidak sempat menerima penonton ke stadium di sebalik usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapatkan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).