Penyerang skuad hoki negara berdepan tugas sukar untuk mempertahankan kedudukan mereka menjelang kempen Final Siri Hoki Dunia di Bukit Jalil, bulan depan apabila sekali lagi tumpul ketika tewas 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi keempat Piala Sultan Azlan Shah 2019, malam tadi.
Ketumpulan jentera serangan negara jelas berlaku di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Deretan peluang gagal disempurnakan dan mengulangi masalah sama ketika tewas kepada India, kelmarin.
Ia meletakkan tekanan makin tinggi kepada barisan penyerang negara, terutama untuk melindungi kedudukan mereka menjelang kempen Final Siri Hoki Dunia selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Perlawanan malam ini lebih bagus daripada perlawanan yang lepas.
"Kami sudah mula menyesuaikan diri dengan sistem permainan 3-2-3-2. Lebih bagus buat kami kalau dapat segera menyesuaikan diri," kata penyerang negara, Faizal Saari.
Rakan sepasukan, Firhan Ashaari, turut senada dengan perkembangan mutu permainan The Malaysia Hockey Tigers dengan berkata: "Perjuangan rakan-rakan sudah cukup, kami cuma perlu perbaiki aspek taktikal sedikit."
Sementara itu, pemain tengah, Fitri Saari, mengakui keperluan menajamkan jentera serangan bagi mengelak belenggu yang sama pada masa akan datang.
"Saya menganggap tahap persembahan kami tiada masalah, cuma kami perlu tingkatkan sentuhan penyudah.
"Hanya dengan jaringan boleh menjamin kemenangan atau setidak-tidaknya meraih keputusan seri.
"Hari ini (malam tadi), penyerang kami tumpul," kata Fitri.
Setakat ini, hanya Faizal dan Firhan berjaya mencetak nama selaku sebagai penjaring.
Tiga lagi penyerang yang belum meledak terdiri daripada Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, Norsyafiq Sumantri dan Azrai Aizad Abu Kamal.