Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, berharap momentum dalam saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia dapat diteruskan dalam dua lagi kejohanan selepas ini, iaitu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.
Skuad negara meraih tempat keempat dalam saingan yang berlangsung di London dengan mengatasi wakil Asia yang lain seperti India, Pakistan, China dan Korea Selatan.
Lebih penting, kejayaan mara ke separuh akhir di London memastikan Malaysia layak secara merit ke Piala Dunia di Bhubaneswar, India, tahun hadapan.
Dengan sasaran itu dicapai, kini cabaran seterusnya buat skuad negara adalah memastikan emas dapat diraih dalam Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos nanti.
"Sasaran kami yang seterusnya adalah Sukan SEA, kemudian Piala Asia (30 September hingga 8 Oktober depan).
"Selepas layak ke Piala Dunia secara automatik, Piala Asia bukanlah misi wajib menang.
"Kami akan menilai segala aspek untuk menghadapi Sukan SEA dan Piala Asia.
"Pemain-pemain akan diberi cuti mungkin selama dua minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum dikumpulkan untuk Sukan SEA," kata Van Huizen.
Ketibaan mereka hari ini disambut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, serta beberapa ahli kepimpinan badan induk berkenaan.
Van Huizen juga mengakui masih banyak aspek yang dapat ditingkatkan skuad negara andai ingin membentuk sebuah pasukan lebih mantap bagi menghadapi dua tugasan utama tahun hadapan.
Selain Piala Dunia, Malaysia juga perlu mempamerkan aksi terbaik dalam Sukan Asia di Indonesia kerana ia menawarkan satu slot automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
"Piala Asia dan Sukan Asia merupakan kejohanan yang sukar kerana bilangan pencabar handalan yang lain.
"Untuk menang, kami perlu beraksi konsisten dan bukannya sekadar menyerlah dalam satu kejohanan," tambahnya.
Sementara itu, KHM yakin dengan peluang skuad hoki negara diserapkan dalam Program Podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN).
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mahu jawatankuasa penilaian Program Podium meneliti persembahan skuad hoki negara susulan kejayaan mereka layak secara merit ke Piala Dunia 2018.
Hoki pernah disenarai pendek untuk Program Podium semasa ia mula dilancarkan, namun tidak mendapat tempat berikutan gagal mencapai beberapa kriteria.
Subahan menaruh harapan agar penilaian semula itu dapat membantu skuad negara untuk mendapat sokongan lebih baik yang dapat ditawarkan oleh Program Podium.
"Kami tidak merungut, kami mempunyai penajaan, namun ia tidak memadai.
"Sudah tentu Program Podium akan membantu kami dari segi mengurangkan kos KHM dan memberi peluang kepada skuad hoki untuk diberi pendedahan lebih meluas," katanya.